Peserta Muay Thai divisyen *flyweight* yang menduduki ranking keempat, Shimon Yoshinari, berjaya mengatasi cabaran awal dengan mahir untuk meraih kemenangan menerusi keputusan sebulat suara ke atas Ramadan “The Scorpion” Ondash (ranking ke-5) dalam aksi suku akhir ONE Flyweight Muay Thai World Grand Prix di ONE Friday Fights 178. Pertarungan penting dalam kejohanan ini berlangsung pada hari Jumaat, 13 November, dan disiarkan secara langsung dari Stadium Lumpinee yang bersejarah di Bangkok, Thailand.
Pertembungan yang dinanti-nantikan ini menemukan dua bintang muda paling memukau dalam sukan tersebut, dan ia menyajikan aksi dramatik sejak dari awal lagi.
Komen (0)
Login Google untuk komen.